Wednesday 13 February 2019

Faktor #PencuriHatiRakyat bakal jadi gangguan usaha PH tarik undi Melayu Semenyih

Acara : Santai bersama #MaluApaBossku

Lokasi : Tesco, Semenyih, Selangor

Tarikh : 13/2/2019 @ 8.30 pm



Pra PRU14, BN membuat kesilapan dengan tidak mengambil serius sambutan rakyat kepada 'road shows' yang dilakukan seluruh negara oleh PH. Kata mereka orang ramai yang datang hanya untuk melihat dengan dekat 'Orang Tua' itu, merujuk kepada mantan PM4. Mereka yakin jumlah ramai yang hadir belum tentu dapat diterjemahkan kepada jumlah undian di peti undi kelak.

 Kini kedengaran pula pimpinan pakatan harapan mengeluarkan pelbagai kenyataan menidakkan impak kehadiran #MaluApaBossku di merata tempat sepanjang PRK Cameron Highlands. Janganlah buat silap sepertimana BN sudah lakukan.

Semenyih kawasan majoriti Melayu dan PH memang tidak begitu popular dan mempunyai isu memenangi hati mereka. Mereka tidak nampak BERSATU mampu menguasai kerajaan dengan kedudukan sebagai pemegang saham minoriti dalam PH. Isu ini menjadi IBU kepada segala masalah dengan orang Melayu / Islam kerana BERSATU dilihat masih tidak mampu menjadi penaung dan penjaga kepentingan mereka.. BERSATU perlu segera menunaikan JANJI UTAMA mereka untuk menjadi parti Melayu yang menggantikan UMNO.

Setelah mengikuti beberapa program #bossku, saya hanya dapat merumuskan BERSATU perlu memberi tumpuan kepada usaha memenangi hati pengundi Melayu dengan menunaikan JANJI UTAMA mereka, sekurang kurangnya dengan usaha / inisiatif yang dilihat sebagai serius dan mampu dilakukan. Jangan lah berkonfrontasi dengan #bossku kerana dia hanya lah satu distraction dan beliau tidak berisiko kerugian apa apa di Semenyih. 


Video 1 - From entry to exit



#video360  1/2



#video360  2/2


Instagram 1/2

Instagram 2/2

********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
5
 6
7
 8
9
 10

11
12 
 13
 14
 15
 16
 17


No comments:

Post a Comment