Thursday, 28 February 2019

PRK Semenyih - Pelbagai peluang mendekati kerajaan PM7 dimusim pilihanraya

Acara : Program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Semenyih

Lokasi : EcoVenture Resort, Semenyih, Selangor

Tarikh : 27/2/2019  @ 6.00 pm



Program hari ini adalah inisiatif Maglin D'cruz, Presiden pecahan MyPPP yang kini telah diharamkan oleh ROS. Kumpulan D'cruz yang berpecah dari MyPPP induk dahulu nya penyokong kuat #bossku. Nampak cepat sungguh kumpulan pecahan MyPPP yang mendakwa mempunyai 1,900 ahli yang mengundi di Semenyih beralih angin demi survival kumpulan mereka. Buat sementara waktu D'cruz membawa pengikut nya di bawah gerakan NGO sebelum keputusan rayuan MyPPP diputuskan oleh Menteri KDN. Majlis sebegini mungkin akan membuka pintu ekspess ke PMO.


Video 1 - SUPOL PM7, Abu Bakar Yahya yakin calon BN akan terpilih menjadi ADUN Semenyih dan tidak akan memilih pembangkang. Perlu dingatkan orang Semenyih sudah biasa memilih pembangkang...bukan ke UMNO / BN itu pembangkang negeri sebelum PRU13 dan PH pula pembangkang di peringkat pusat sebelum PRU14?



Video 2 - SUPOL PM7 ini sebelum PRU14 adalah Yang diPertua PERKASA Selangor. Ucapan beliau memang berapi api sesuai sangat dengan audiens Melayu / UMNO / PERKASA... bertemakan Agama, Bangsa dan Tanahair



*******************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
Untuk Agama, Bangsa dan Tanahair
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
Menyambut harijadi Maglin D'cruz yang ke 63
 18
 19
 20


No comments:

Post a Comment