jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Forum Impact of China's Investment in Malaysia
Lokasi : KLSACH, Jalan Kg Attap, KL
Tarikh : 24/8/2017
Program anjuran Institut Rakyat
Video 1 - Prof Jomo Kwame Sundaram mengulas mengenai apa yang dikatakan FDI dari China dan apa peluang sebenar yang hendak di perolehi oleh kerajaan Malaysia.
Video 2 - Dr Mahathir tidak pernah ada prasangka buruk terhadap negara China kerana sejarah telah membuktikan sikap mereka terhadap negara negara jiran walaupun mereka berpuluh kali ganda besar dari saiz dan kekuatan
Video 3 - Sejarah Foreign Direct Investment (FDI) di Malaysia dan apa yang terjadi sekarang yang melibatkan pelabur pelabur atau pengusaha industri dari China
Acara : Perasmian Konvensyen Pembangunan Luar Bandar - KKLW
Lokasi : Ballroom, Hotel Seri Pasifik, Kuala Lumpur
Tarikh : 28/8/2017
Video 1 - Sebahagian dari fokus utama KKLW dalam transformasi luar bandar ialah menjenamakan semula JKKK untuk menunjukkan taraf professional agensi tersebut dan melakukan 'reverse migration' yang melibatkan orang muda balik ke desa setelah segala infrastrutur dan peluang perkerjaan diadakan
Video 2 - Mengapa rakyat tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah memajukan negeri negeri yang sudah jatuh ketangan pembangkang ?
Mungkin lebih baik kerajaan BN melakukan muhasabah diri dengan seikhlas nya untuk mencari sebab dan punca mengapa negeri yang telah ditabur baja yang baik boleh terlepas ketangan pihak lawan.
Acara : Penyerahan watikah oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan kepada YDP Agong
Lokasi : Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur
Tarikh : 2/8/2017
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN Hari ini, kami telah menyembahkan warkah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membawa ke perhatian Tuanku YDPA beberapa perkara seperti berikut: 1. Isu perlantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai 2017 adalah mencabuli Perlembagaan Persekutuan. 2. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan. 3. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, perlantikan dua jawatan yang diumumkan itu adalah dibuat oleh Tuanku YDPA di atas nasihat YAB Perdana Menteri; maka Tuanku berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan Mahkamah sebelum ianya berkuatkuasa. 4. Perlanjutan semula jawatan Ketua Hakim Negara yang disandang YAA Tan Sri Md Raus Sharif akan berkuatkuasa dalam masa dua hari lagi, iaitu pada 4 Ogos 2017. 5. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, ia akan mewujudkan satu krisis kehakiman kerana kesemua perbicaraan ataupun keputusan selepas 4.8.17 akan menjadi TIDAK SAH. Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi Perlembagaan. 6. Di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan, cuma Tuanku YDPA yang boleh membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan. 7. Justeru, kesemua kami yang mewakili keempat-empat parti gabungan dalam PAKATAH HARAPAN, melalui warkah ini menyeru agar Tuanku YDPA melaksanakan budibicara Tuanku untuk membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan samada pelantikan semula itu sah ataupun tidak. 8. Ini adalah untuk menjamin Tuanku YDPA dapat memelihara keluhuran perlembagaan Malaysia daripada dicemari, demi kepentingan dan kesejahteraan Rakyat dan negara. YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Pakatan Harapan Pengerusi PPBM YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden Pakatan Harapan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Presiden KEADILAN YB Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP YB Datuk Dr Mujahid Yusof Naib Presiden AMANAH 2 Ogos 2017
Video 1 - Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan dibacakan oleh Dr Mahathir
Video 2 - Tempoh khidmat jawatan Ketua Hakim Negara
Video 3 - Krisis kehakiman yang cuba dielakkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan - suatu inisiatif yang diterangkan oleh Peguam Haniff Khatri
Video 4 - PPBM akan menyediakan khidmat peguam untuk Zahid Md Arip, Ahli MPT yang ditahan reman oleh SPRM dalam kes pembelian hotel mewah di Kuching oleh FIC