Saturday 25 November 2017

Pelajar Putrajaya lulusan SPM dapat pembiayaan penuh ke Kolej Komuniti Jelebu

Acara : Majlis penyerahan surat tawaran penajaan kepada para pelajar yang akan melanjutkan
pelajaran di Kolej Komuniti Jelebu dibawah Program National Blue Ocean Strategy (NBOS)

Lokasi : Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, Presint 2, Putrajaya

Tarikh : 23/11/2017 @ 2.30 pm


Kementerian WP hari ini mengeluarkan surat tawaran kepada para pelajar lulusan SPM,  Putrajaya yang akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti Jelebu. Ini ada lah projek rintis yang melibatkan kumpulan 40 orang pelajar yang pertama dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. 

Terdapat 93 Kolej Komuniti seluruh negara dan cuma 6 sahaja yang menyediakan asrama bagi pelajar. Cawangan Jelebu dianggap yang terbaik dengan kemudahan yang serba lengkap. Dengan moto "TIDAK PENTING DIMANA ANDA BERMULA, YANG PENTING DIMANA ANDA BERAKHIR", kolej konuniti menerima Warganegara Malaysia yang LULUS SPM dengan 1 Kredit Mata Pelajaran.. 

Program yang ditawarkan :
  • Sijil Sistem Komputer dan Sokongan - 16 bulan
  • Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan - 16 bulan
  • Sijil Teknoloji Elektrik (PW2) - 24 bulan
  • Sijil Teknoloji Pembinaan - 16 bulan
  • Sijil Kemahiran Khas (asas pemprosesan makanan - 20 bulan
Yuran pengajian / semester - RM200
Pinjaman / biasiswa (sebulan) - RM300



Video 1




*************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
  11
12



No comments:

Post a Comment