Sunday 12 November 2017

Kenapa pengundi masih memilih pembangkang di Parlimen Batu? Apa salah kerajaan BN?

Acara : Majlis Perasmian Pusat Komuniti Beringin

Lokasi : PPR Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur

Tarikh : 11/11/2017




Video 1 - Lontaran soalan Menteri WP, Tengku Adnan kepada ketua ketua komuniti dan ahli ahli politik parti komponen BN yang hadir di majlis perasmian Pusat Komuniti Beringin. Apa lagi yang belum kerajaan BN lakukan untuk kesejahteraan rakyat khusus nya masyarakat yang tinggal dalam kawasan Parlimen Batu walaupun PDM Beringin telah pun beralih kepada BN pada PRU13 yang lalu.



*************************************************************************************************************************************

Perkongsian laporan oleh Portal BNBBC

11 JUN: Seperti ada tak kena kepada mereka, demikian kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor susulan langkah Kerajaan Selangor melarang jabatan dan agensi negeri  tersebut melanggan akhbar Utusan dan Berita Harian.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyifatkan tindakan berkenaan adalah dangkal dan bertentangan dengan dasar langit terbuka pelbagai maklumat yang dinikmati masyarakat Malaysia dewasa ini.

Bagaimanapun beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Nan menjelaskan bahawa itu tindakan itu adalah hak Kerajaan Selangor yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Itu hak mereka berbuat demikian, saya pun tak tahu apa kebaikannya mereka buat macam tu, biarlah rakyat Selangor menilaikannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan perasmian Pusat Komuniti Beringin di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di Kepong, pada Sabtu.

Mengulas lanjut pusat komuniti tersebut, ia adalah inisiatif kerajaan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat di PPR Beringin.

"Dengan terbinanya bangunan ini, maka tiada lagi kesulitan yang dihadapi masyarakat di sini melaksanakan aktiviti dan program kemasyarakatan di sini.

"Selain itu juga telah dibina surau Jumaat dan pembinaan 12 unit gerai penjaja di kawasan ini yang telah siap pada Julai lalu," katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Pusat Komuniti Beringin yang menalan kos RM8 juta memiliki keluasan 21,430 kaki persegi dilengkapi dengan dewan serbaguna berhawa dingin, tiga buah gelanggang badminton dan satu gelanggang bola keranjang.

"Terdapat juga bilik persalinan, pejabat, bilik solat serta lot parkir untuk kemudahan orang ramai," ujarnya

******************************************************************************************************************************************************************************************************************

1
 2
Peniaga medan selera PPR Beringin bergambar bersama Menteri WP 
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
13 
 14
 15
Pemenang hadiah pertama cabutan bertuan - sebuah motorsikal Kris sumbangan Menteri WP
 16
 17
 18




No comments:

Post a Comment