jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Pra PRU14, BN membuat kesilapan dengan tidak mengambil serius sambutan rakyat kepada 'road shows' yang dilakukan seluruh negara oleh PH. Kata mereka orang ramai yang datang hanya untuk melihat dengan dekat 'Orang Tua' itu, merujuk kepada mantan PM4. Mereka yakin jumlah ramai yang hadir belum tentu dapat diterjemahkan kepada jumlah undian di peti undi kelak.
Kini kedengaran pula pimpinan pakatan harapan mengeluarkan pelbagai kenyataan menidakkan impak kehadiran #MaluApaBossku di merata tempat sepanjang PRK Cameron Highlands. Janganlah buat silap sepertimana BN sudah lakukan.
Semenyih kawasan majoriti Melayu dan PH memang tidak begitu popular dan mempunyai isu memenangi hati mereka. Mereka tidak nampak BERSATU mampu menguasai kerajaan dengan kedudukan sebagai pemegang saham minoriti dalam PH. Isu ini menjadi IBU kepada segala masalah dengan orang Melayu / Islam kerana BERSATU dilihat masih tidak mampu menjadi penaung dan penjaga kepentingan mereka.. BERSATU perlu segera menunaikan JANJI UTAMA mereka untuk menjadi parti Melayu yang menggantikan UMNO.
Setelah mengikuti beberapa program #bossku, saya hanya dapat merumuskan BERSATU perlu memberi tumpuan kepada usaha memenangi hati pengundi Melayu dengan menunaikan JANJI UTAMA mereka, sekurang kurangnya dengan usaha / inisiatif yang dilihat sebagai serius dan mampu dilakukan. Jangan lah berkonfrontasi dengan #bossku kerana dia hanya lah satu distraction dan beliau tidak berisiko kerugian apa apa di Semenyih.
Acara : Sidang media Pengerusi BERSATU untuk mengumumkan kemasukan 7 bekas
Ahli Parlimen UMNO kedalam BERSATU
Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya
Tarikh : 12/2/2019
Video 1 - PRK Semenyih berkemungkinan besar memberi tekanan kepada kepimpinan BERSATU untuk melakukan sesuatu dengan cepat bagi meredakan keresahan masyarakat Melayu menegenai janji BERSATU untuk menjadi 'champion' dan payung kepada bangsa Melayu / Islam . Hari ini BERSATU menerima kemasukan tujuh bekas MP UMNO, enam daripada mereka telah keluar dari UMNO penghujung tahun 2018 sementara Ermieyati Samsudin pula telah keluar UMNO pada bulan July 2018
7 bekas MP UMNO tersebut adalah :-
1. YB Dato' Seri Hamzah Zainuddin-Larut
2. YB Datuk Rosol Wahid - Hulu Terengganu
3. YB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad - Mersing
4. YB Datuk Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
5. YB Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh - Sabak Bernam
6. YB Ikmal Hisham Abdul Aziz
-Tanah Merah
7. YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Faktor kerjasama UMNO / PAS memberi gambaran seolah olah UMNO mampu dibangkitkan semula. Cara Dr Mahathir memperkecilkan kerjasama ini menunjukkan kerjasama ini memang memberi impak kepada pengaruh BERSATU dikalangan pengundi Melayu / Islam.
Bekas MP UMNO yang menyertai BERSATU sebagai ahli biasa ini tidak akan diberi sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan dan tidak akan diberi sebarang immuniti kepada sebarang tindakan undang undang jika mereka telah melakukan kesalahan jenayah. Mereka mereka ini mungkin akan diberi peluang untuk berceramah semasa kempen PRK.
Video 2 - Dr Mahathir menjawab soalan mengenai matlamat penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi.
Acara : Sidang media Saman Pemula oleh Sabariah Mohd Shariff untuk halang PRK N24 Semenyih
Lokasi : Lobi Kompleks Mahkamah Tinggi, Shah Alam, Selangor
Tarikh : 11/2/2019
Saman Pemula oleh Puan Sri Sabariah Mohd Shariff untuk menghalang PRK N24 Semenyih atas dasar keputusan oleh Pengerusi SPR dilakukan secara unilateral, tanpa satu mesyuarat dan keputusan oleh Ahli Lembaga SPR.
Ahli Lembaga SPR telah pun melepaskan jawatan mereka secara 'en bloc' pada penghujung tahun 2018 dan mulai 1/1/2019, SPR tidak lagi mempunyai Ahli Lembaga selain seorang Pengerusi sahaja.
Plaintif mengaku seorang pengundi di Semenyih dan tindakan beliau memfail Saman Pemula ke atas SPR tidak lah bermotifkan politik atau mewakili sebarang parti politik. Beliau hanya mahukan rules of law ditegakkan.
Acara : Sepetang bersama Menteri Pembangunan Usahawan
Lokasi : Teratak Tekala, Hulu Langat, Selangor
Tarikh : 6/2/2019 @ 4.00 pm
Ringkasan kepada perkongsian minda Pak Wan :
1. rata rata rakyat mengeluh tak cukup pendpatan untuk menyara kos sara hidup yg tinggi
2. kerajaan tidak boleh bantu dengan memberi wang begitu saja
3. orang Melayu tertinggal begitu jauh dalam bidang ekonomi
4. ramai usahawan muda Melayu masih terkial kial mencari tapak untuk memajukan diri
5. usahawan muda mesti lebih berani meminta peluang dan latihan dari kerajaan , bukan minta duit
6. kementerian akan mengenal pasti jenis industri yang boleh dibangunkan di Semenyih yang boleh
dikerjakan oleh usahawan muda.
7. peluang dan bantuan untuk usahawan memang terbuka di Kementerian Pembangunan Usahawan
8. Kerajaan PM7 memang memberi fokus kepada usahawan Bumiputera tetapi apa yang digalakkan
dan ingin dilihat oleh kerajaan ialah pemikiran kreatif para usahawan