Thursday 16 August 2018

PRK N32 - Logo dan bendera baru Pakatan Harapan mula digunakan

Acara : Pengumuman calon Pakatan Harapan untuk PRK N32 Seri Setia

Lokasi : Padang Permainan, Desa Mentari, PJ, Selangor

Tarikh : 16/8/2018



Pakatan Harapan menamakan bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Halimey Abu Bakar (46), sebagai calon dalam PRK N32 DUN Seri Setia. Pengumuman dibuat Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

Pada PRU14 lalu, Allahyarham Shaharuddin memperolehi undian majoriti sebanyak 19,372 dan menewaskan calon daripada BN, Datuk Yusoff M.Haniff (bekas Setiausaha Politik TSMY), Pas, Mohd Daud Ghazali dan Bebas, S Vigneswaran.

PRK DUN Seri Setia akan berlangsung serentak dengan PRK DUN Balakong, dan menyaksikan buat pertama kalinya Pakatan Harapan menggunakan logonya, yang baru sahaja diluluskan.





***********************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16


No comments:

Post a Comment