jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Video 2 - PEJUANG akan kaji semua kemungkinan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara waima bekerjasama dengan Anwar sekalipun.
Video 3 - Rakyat mula mempersoal peranan Istana Negara setelah Darurat di isytiharkan kerana kegagalan kerajaan. Kerajaan seharusnya bertindak mengikut arahan YDPA sepanjang tempoh darurat.
Acara : Sidang media Deklarasi Rakyat 2.0 untuk pecat PM7
Lokasi : Jalan Lumut, Kuala Lumpur
Tarikh : 9/5/2019
Ini nampak lebih kepada usaha untuk menganjeng PM7 saja lah. Sudah terbukti YDPA tidak akan masuk campur dalam urusan memecat Perdana Menteri Malaysia sebagaimana usaha yang dilakukan Dr Mahathir dalam menggerakan Delarasi Rakyat yang pertama dahulu. Kini ada pula lagi usaha untuk mengulangi inisiatif yang telah gagal. Mungkin rakyat Malaysia lebih mudah untuk menunggu peralihan kuasa yang akan berlaku bila bila masa sahaja. Kalau serius tambahkan jumlah tandatangan dari 1,000,000 ke 2,000,000... mungkin itu akan menarik perhatian YDPA
Acara : Penyerahan Memeorandum kepada YDPA bagi menzahirkan bantahan terhadap
penghinaan yang dilakukan keatas agama Islam dan Nabi Muhammad SAW
Lokasi : Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur
Tarikh : 15/3/2019 @ 3.30 pm
Video 1 - Atas nasihat pihak Polis dan Istana tiada perarakan dari Masjid Wilayah dilakukan. Cuma wakil wakil dari lebih 100 NGO NGO yang membantah sahaja yang dijemput untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara. Memorandum berjaya diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada YDPA, Kol (B) Nazim Mohd Alim yang akan meneliti dan menasihati YDPA dalam masa terdekat. Antara saranan yang dikemukan ialah hukuman berat iaitu penjara 10 tahun, 10 sebatan dan denda RM50,000.
Acara : Program Ramah Mesra Bersama Rakyat , Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan
Lokasi : Surau Muhajirin, Jalan Rejang, Setapak
Tarikh : 9/11/2017 @ 3.30 pm
Isi Kenyataan Media
Kementerian WP dengan kerjasama DBKL dan Badan Amal Kasih Ibu WP sekali lagi membuat penyerahan unit rumah kepada 12 orang penyewa PPR MTEN dan Perumahan Awam (PA) DBKL menerusi Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan hari ini.
KDYMM YDPA Sultan Muhammad ke V telah bercemar duli menyempurnakan majlis pengurniaan unit rumah kepada 12 penerima yang merupakan golongan miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-kasih, Baitulmal dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu penerima juga adalah dari kalangan mereka yang mempunyai anak OKU, berpenyakit kronik, suami atau isteri yang sudah meninggal dunia dan mempunyai tanggungan anak yang ramai menjadi keutamaan bagi kriteria pemilihan program.
Antara golongan korporat dan NGO yang telah memberi kerjasama dan sumbangan melalui CSR masing masing ialah Yayasan WP, Yayasan Al-Bukhary, Yayasan Al-Mansoriah, TNB, Celcom, JL99 Group, Mah Sing Group, Aset Kayamas, Maju Holdings, Ekovest, Malton Bhd, Pavillion KL, Maxim Sdn Bhd dan WCT Holdings Bhd
Sumbangan yang diterima daripada badan badan korporat dan NGO ini dimanfaatkan untuk menyelesaikan pinjaman perumahan atau sewa rumah yang tertunggak. Selain itu sumbangan ini juga akan digunakan untuk membaiki dan melengkapkan peralatan asas rumah seperti perabot, peralatan elektrik dan interior.
Layout plan kedudukan Media semasa Merdeka Parade. Saya mengambil kedudukan di Zone F yang jaraknya kira kira 80 meter dari pentas VVIP. Semua liputan dan rakaman pentas VVIP dilakukan dari kedudukan static menggunakan Camera Canon Powershot G3X dengan lensa 24-600 mm f2.8-5.6.. Gambar parade ada yang menggunakan HandphoneHuawei P10 Plus