jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Ini rumusan Kamal Amir, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia dan bekas Ketua Editor Karangkraf mengenai kualiti Menteri Menteri dalam Kabinet PM7. Kepada pembaca yang mengikuti isu semasa dan hal politik tanah air sudah pasti dapat mengenal pasti karektor karektor yang dimaksudkan. Perit tapi itulah kenyataan nya.
Acara : Sidang media Tengku Aziz menegenai kemelut beliau dengan Pengerusi Media Prima
Lokasi : Hotel PJ Hilton, PJ
Tarikh : 20/2/2016
Video 1 - secara ringkas nya kandungan rakaman ada lah seperti berikut
1. Fateh Iskandar atau FD Iskandar (FD) tidak memohon maaf seperti yang dituntut oleh Tengku Aziz (TA) kerana mengeluarkan kenyataan 'bohong' kepada PM Najib mengenai 'audience rating' TV3 yang didakwa jatuh semasa Tengku Aziz jadi tetamu dalam Buletin Utama sebanyak 12 kali.
2. TA mengaku hanya muncul dalam Buletin Utama sebanyak 3 kali dan bukan nya 12 kali dan mencabar FD menyiarkan statistik yang sebenar untuk 3 sesi tersebut.
3. Oleh kerana FD didakwa berbohong kepada PM Najib, TA telah mencerca beliau sebagai seorang penipu atau 'Common Liar' dan menuntut FD memohon maaf dalam tempoh 7 hari.
4. Berikutan kegagalan FD memohon maaf dalam tempoh 7 hari tersebut, TA kini mencabar FD untuk menyaman fitnah beliau atau melepaskan sahaja jawatan beliau sebagai Pengerusi Media Prima jika beliau ada maruah.
5. Cabaran TA bersandarkan andaian bahawa FD merasakan diri beliau benar dan tidak bersalah seperti didakwa dan beliau telah difitnah oleh TA.. oleh itu saman lah TA untuk memelihara maruah beliau.